Friday, November 13, 2009

bila dah tak waras


gambar ni aku ambil sebelum my hubby check in dkt KLIA.26sept 2009.bila aku rasa macam tak waras aku mula la survey tiket flight ke doha.nasib baik tiket ribu-riban.tak mungkin la aku pegi sebab tak berbaloi pun.baik aku tunggu je bulan 1 ke 2 nanti dia balik ambik aku.bukan lama lagi pon.ayat sedapkan hati

hakikatnya,penantian tu satu penyeksaan.kadang-kadang,aku tak mampu bertahan pon.tapi tak perlu aku nak menangis hari-hari kot.just perasaan tu datang & lepas tu hilang lepas aku bersuka ria dengan kawan-kawan.kah kah kah.....Alhamdulillah,ramai lagi kawan-kawan yang sentiasa menghiburkan aku!thanks korang.nak listkan kat sini,ramai pulak.tp,korang la yang sentiasa menghiburkan aku....mwah!

kalau boleh,rasa nak tido je.pastu bangun bila time my hubby balik ambik nanti.boleh?gila pulak rasa nye idea hampeh tu.ya Allah,i miss him so much.so much.lambat lagi tahun depan.time tak waras ni rasa sangat-sangat-sangat tak mampu nak tanggung perasaan ni.....

Tuesday, November 10, 2009

kanak-kanak ribena

hari ahad yang indah bila dapat bersarapan bersama kawan-kawan yang riang-ria macam ribena.bergelak-sakan macam restoran tu kami yang punya.lepas tu bayar bil,nasi lemak diorg tak caj.kah kah kah.tapi,jujur wei.pegi bayar la semula!hudeng belanja.nice.thanks hudeng!

dah kenyang perut,6 kanak-kanak ribena semua naik satu kereta vios ke houz depot.sorang kanak-kanak ribena yang bekerja di ikea tak dapat ikut sebab kena keje.*bosan*.kah kah kah.adalah muat untuk 6 orang kanak-kanak ribena dalam sebijik vioskecikkan montot skit.sebaik takde gambar dalam houz tu.kalau tak,ada la bukti kami sebagai kanak-kanak ribena jakun dengan bath tub & bilik air bercermin yang kalau mandi bogel memang yummy!haha.

selesai merewang di houz depot.kami berarak dalam the cur*ve pulak.hehe.kanak-kanak ribena kan suka berarak macam pegi beraya masuk satu kedai ke satu kedai yang lain.seronok cuci mata.duit takde nak soping.kah kah kah.kesian kanak-kanak ribena.

kanak-kanak ribena semua berpecah belah sebab masing-masing ada tugas & plan masing-masing.lalu,pukul 1pm lebih aku sudah pulang ke pangkuan rumah ku.hehe.dah sampai rumah,aku kira perbelanjaan....wow,rm20 sahaja duit aku abih!kalau camtu,tiap-tiap minggu jumpa kanak-kanak ribena pon takpe!!!oh yeah,weekend ni jumpa lagi kanak-kanak ribena ni.tapi,ayuni a.k.a yuna takde sebab dia la kanak-kanak ribena yang paling jauh,dia duduk kuantan.rindu sama kau wahai staf gomen yang rajin.motif?hehehehee.

sekian kisah kanak-kanak ribena.sangat gembira.i love all of u.love.love.love!

Monday, November 09, 2009

menyampah

KADANG-KADANG PERASAAN MENYAMPAH TU BEST!

sumpah aku rasa menyampah giler babas ni.takleh nak cakap camne dah.disebabkan perangai aku ni unpredictable,so,to you-know-who-you-are,sila la terima aku seadanya!

dah la lately bosan giler,aku macam taktau nak update apa blog.banyak cerita menarik.tapi,aku ni yang tak menarik.membosankan.

ni hormon kena tinggal dek laki kot jadi camni eh?!takkan kelantan kalah aku emo pulak.aku tak sokong pon bola kelantan.menyampah ada la.penyokong kelantan yg fanatik macam taik.memalukan.lain kali,tolong la jangan pegi sokong kalau perangai macam taik.siap bakar kerusi stadium la.baling botol mineral la.tak senonoh betol.aku benci tengok bola malam tu.eh,aku dah emo berlebih ni.

disebabkan aku emo,aku dah melalut tah kemana-mana ni.mungkin kalau hormon ok esok,aku update dengan bertatasusila.ok la,sekian.

Tuesday, November 03, 2009

my 1st ever experience!

ahad lepas lepas balik dari rumah intan aku ke alaman*da.amik jam guessyang di repair 4 bulan lepas.ye,selepas 4 bulan baru siap!!hampehhhhhh.sebaik murah je kena caj.redhaaaaa.

eh,tapi nak cakap pasal lain.pasal tukar tayar kereta.hehehehe.mula-mula,aku memang blur nak pilih tayar mana aku nak.haha.jakun kan.last-last aku pilih tayar yang sama je aku pakai skrang.tayar good year.hmm,setel kan.senang je nak decide.tuan kedai tu dok promote macam-macam brand la.aku malas la nak layan.penat je.dah la tak makan ape sejak pagi.

dah setel tukar tayar.tapi,tapi...sebelum tu,baru aku tahu kenapa tuan kedai ni beria suruh aku amik brand lain,sebab...tayar good year ada seketol je!aku nak 2 ketol.so,dia kena balik ambik dekat rumah kot.hahaha.aku taktau la sape pegi ambik.bini dia kot.ada sorang pompuan keje situ.aku rasa tuan kedai tu org pakistan?emm..macam la.okey lah,ignore je.haha.lepas tu,buat balancing & alignment.

hehe.selamber aku ambik gambar.ye lah,aku kan jakun!ala,gambar kenangan aku.kalau tak,aku memang tak reti buat benda-benda ni sampai bila-bila.hahaha.ye,aku berdikari beb!tapi,aku bukan duduk diam dekat kedai tayar tu,aku keliling je tengok diorg buat kerja.hahaha.saiko.tidak lupa juga pelbagai soalan yang aku lemparkan.hahaha.nasib korang la dapat customer macam I okeh.bukan senang nak dapat customer comel macam aku.hahahah.ops!

tapi,bila cek lampu brek,belah kiri tak nyala la pulak!isk.ada je masalah tau!geram haku.nanti nak servis kete la aku tukar.kalau my hubby ada,dia buat sendiri je.alahai.semua nak my hubby!eh,sukati la...my husband,not your husband.kang aku ambik laki orang,lain pulak cite nye.muahahaha...

sekian!

Sunday, November 01, 2009

18SX: retro boogie dinner @le meridien

entry penuh dgn gambar....lucah & tak lucah pon ada.hehehhehe....tengok dengan risiko sendiri okeh!haku tak bertanggungjawab kalau korang terpesonastim ke?hahahha

mula-mula tunjuk muka aku la dulu kan.kah kah kah.thats me with intan!dinner malam tadi not bad lah.y i said not bad?sebab makanan adalah chinese cuisine.adalah tidak berselera sangat la untuk aku.mentang-mentang ajk semua cina,makanan pon makanan diorg.haha.tapi,aku telan jugak la makanan dia sampai nak pecah perut.haha.kata tak selera tapi makan sampai nak pecah perut!haha..ok,aku minum air sangat banyak okeh.air nak neutral kan tekak aku setelah makan semua makanan tuh.huhuh...

aku semeja dengan mostly chinese.geng engineer.aku & intan je malay.suka la diorg kot,bleh makan banyak-banyak.kah kah kah.takde la jugak.diorg semua okay.makanan semua share!ada sorang indian.1 malaysia katanya!!gambar-gambar aku upload dalam fb kot.dah la mekap sendiri.bertompok-tompok weh!siot btol la.hahahah.tak pandai mekap.nak buat camne.ingat nak g mekap ngan kak ayu.tapi,macam menyusahkan diri sendiri.taktau jalan kan.hehe.nak mekap kat mana-mana,rasa macam tak berbaloi pon,aku bukan nak g menunjuk muka,nak makan je pon.hahaha.

mula-mula sampai,kami sibuk la buat tatu olok-olok,lukis karikatur & ambik gambar.sejak aku keja sini,1st time aku join dinner.kah kah.aku tidak suka bersoSIAL ngan member-member opis.

lepas setel semua tu baru masuk dewan.hehe.awal gak aku & intan sampai.kul 5.40pm camtu.tak ramai lagi masa tu.best la merewang-rewang sebelum masuk dewan.makan kacang.minum air.haha.jakun dinner kat hotel kan....

sepanjang dinner.happy sangat.dok gelak macam nak pecah perut.sambil tu main sms ngan my husband yg macam robot yang tak tido 24jam tu.dia balik keje,pastu pindah ke rumah sewa.tolong pinoy pindah.dia jalan-jalan carik barang sampai malam ke?isk.robot ke laki haku ni.opsss,lari topik.hehehhe

performance kebanyakan dari geng mak-mak nyah sekalian.hehe.so,memang agak macam terasa duduk dekat jalan chow kit.kah kah kah kah.mak tak tahan nok!!!

ni adalah emcee selingan.mak aih.haku nak pengsan tgk yang ni.ni baju pink,2nd time dia kuar.mula-mula dress hijau.nak tengok kah?sila la tengok puas-puas!!cun kah??malatop??lemass???my officemate *chinese* cakap,dia punya tut sebesar kepala orang.nak muntah aku masa tu tau tak.iskkk.hohhh,aku maluuuuuuuuuuuuuuuuuu.hahahhahahhaahha

baiklah,taktau apa nak bebel lagi dah.lagi pun aku kepenatan hari ni pegi tukar tayar.penat menunggu sebenarnya...nanti akan ku update kisah tukar tayar...my 1st ever experience!ehhehe

sekian.

Friday, October 30, 2009

terima kasih tak terhingga


tempat letak kereta dekat MV.hehe.kenangan.memang aku amik gambar sebab takot lupa mana tempat aku parking.kah kah kah.saiko.

Alhamdulillah.kereta dah selamat.dah boleh hidup.dah boleh keluar dari midvalley*.hehehe.suka kan?tapi,dalam hati aku ni.tak tahu nak cakap camane.tp,sangat bersyukur....

pagi tadi,aku pergi keje dengan kenderaan awam.as usual.aku biasa pon pergi keje dengan cara tu sebelum ni.sebelum aku decide untuk drive sendiri.naik ERL,LRT & teksi.yeah,it cost me a lot.what to do....

pagi tadi,aku agak moody.bukan aku saja-saja.tapi,aku sakit kepala.banyak sangat berfikir.sorry la dekat kawan-kawan yang tegur ym tu,aku sangat tak berapa friendly.kalau korang duduk tempat aku,korang tahu la apa aku rasa.aku takde transport pun untuk ke mana-mana.aku ada beberapa choice untuk selesaikan kereta aku.tapi,aku kena pilih yang mana aku rasa patut & berbaloi.mula-mula,aku ke MV dengan intan(thanks a lot intan),mula nya aku nak pegi sorang je sebab kat MV ada linda(thanks a lot jugak dekat mu bebeh).aku sedih nak ajak intan sebab nanti menyusahkan dia.sob sob.ye,aku sangat sedih pagi tadi.aku banyak nyusahkan orang.perit sungguh takde husband ni.haih.

bila aku sampai MV,aku try start kereta.still tak boleh.then,adik laki aku yang keje dekat rawang tu nak tolong.dia cakap dia boleh keluar kejap datang dekat MV.alhamdulillah.tak payah la aku susahkan linda.sebab sepatutnya,linda bawak aku & intan pegi cari mekanik dekat area bangsar.linda pon busy,aku serba salah sangat nak susahkan dia.ya Allah....memang aku blur la pagi tadi.

dekat kul 12 pm adik aku sampai dengan kawan-kawan dia.ada sorang tu nama GIANT.hehe.dia tersangat giant la sebenarnya.dia hanya tolak kereta dalam keadaan tersenyum masa nak guna jumper tuh!!kami teruja.ingatkan ada orang tarik ke ape dekat belakang kereta.tp,takde!itu semua tenaga dia sorang je...incredible hulk pon ya!haha.diorang tolong....gambar bawah ni adalah supporter aku hari ni.hehehe....

hanya dengan guna JUMPER je,kereta boleh start.hadoi.semalam,aku pergi MV ngan *helme & *lau tu,kami bawak jumper.tapi tak guna.boleh tak?huhu.SEBAB,*lau dah call kawan dia,mekanik,kawan dia cakap,kalau bateri ok,takde guna pakai jumper.masa tu kami try la bunyi hon.cek lampu.semua ok.so,suspect starter la problem.itu la sebab kami tak guna pon jumper.ye,benda dah la jadi.what to do....

lepas kereta dah boleh start,aku bayar parking(RM11 sahaja),aku igtkan rm30 ke lagi mahal la.then,gerak ke jalan ipoh kot.beli bateri baru.hanya rm145(bateri air tu.sel basah ke ape).alhamdulillah.setel.sekelip mata je kan?dah siap semua tu,pegi makan dekat area jalan pekeliling.tak sedap.tapi makan je la.huhu.sebagai balasan,aku belanja sumeorg makan..kedai tak brape best la...tapi,jasa mu ku kenang.hehehe.yang pasti,aku heran,aku memang takde contact adik aku pon masa kejadian petang semalam.kalau aku call adik aku,petang semalam jugak dia boleh datang.haih.benda dah nak jadi kan?!tak guna jugak aku pertikaikan..buat tambah sakit kepala aku jeeee...

ni la bateri yang sudah lemah hampir kong!diorg ambik bateri tu.nak jual kot?haha.kalau aku amik pon,aku nak buat ape.aku bukan tahu nak buat dengan benda-benda macam ni.alien je bagi aku.hehe.btw,kalau nak bateri dari proton,rm275.tak sanggup aku.2 kali ganda dari harga kedai biasa...hmm....

akhir sekali,sebelum adik aku sampai,kami(aku & intan) breakfast dekat sini...yummy!!!



all in all,ni semua adalah pengajaran.in fact,*lau(officemate) aku pon cakap siang tadi,itu pon pengajaran untuk dia.kalau kena dekat dia ke sapa-sapa in future,tahu la apa nak buat.so,korang di luar sana.beware of your car battery!dia ada bagi segala simptom,so just watch out!!

Thursday, October 29, 2009

benda yang aku takot dah pon berlaku....

ya Allah.kalau ikutkan hati.macam hancur dah aku pijak-pijak hati aku.kecewa.

kereta aku dekat parking dalam midvalley skrang!

and aku kat rumah ni.safely arrived at my home.thanks to my bro yang susah payah datang ambik kakak dia dekat ERL salak tinggi dalam hujan renyai-renyai kejap td.

hmm,aku tak sangka pulak kereta nak buat hal dah hari ni.baru je aku sound dia jangan buat hal.tup-tup dia ingkar cakap aku.aku tuan ko tau,nape ko tanak dgr cakap haku??!*gila*

KiSAHNYA,lunch tadi,aku ke midvalley.nak lunch ngan linda.sambil nak cuci mata la kan.so,lepas aku cakap kat my husband(melalui YM) aku nak ke MV,aku zass ke sana.sampai sana,kami jalan-jalan,makan-makan,borak-borak.ye,happy!

dalam pukul 2 pm lebih tu,aku pon dah nak balik la,pegi bayar parking semua,aku terus ke kete.aku try start.ye,tak berjaya.try lagi.tak berjaya.try lagi,tak start pon enjin tu.aku cool je.aku call linda & ckp kete takleh start.huh.aku masuk dalam MV balik sbb kepanasan dalam kete.aku call boss.tak angkat.call *helme*,dia angkat & dia cakap balik office dulu & nnt dia hantar ke sana balik.aku rileks dulu.tunggu lagi 30 minit kot kalau kereta nak start.aku cuba,my husband pon suruh try lagi.btw,my husband pon try cari kawan-kawan dia kot ada yang boleh tlg.ada,tapi aku malas nak nyusahkan sebab diorg pon dah nak balik kuantan.okeh,abih 30 minit,aku try start,MASIH TIDAK BOLEH!

aku pon terus menuju ke teksi & balik ke office.sampai office,aku duduk.then,baru aku nangis.baru aku terasa aku ALONE.baru terasa my husband is not around!baru aku terasa susah nya takde my husband kat sebelah.baru aku perasan yang aku cuba untuk selesaikan sendiri masalah ni tapi tak mampu!so,aku memang nangis je dekat office tadi.aku macam kecewa tak hengat.it happen to me.why?!

kebetulan,officemate siang tadi semua lelaki.perempuan lain sume takde.diorg agaknya panik tgk aku nangis.padahal aku tak risau pasal kete pon.aku just nak my husband.that's all.kereta tu?kalau boleh,aku biar je..aku biar je sampai my husband balik tahun depan.boleh tak midvalley tolong jaga my car??boleh tak??huh...so bad.

dalam pukul 4.30pm,officemate aku *helme* & *lau* & aku ke MV balik.bawak jumper sume la,konon nak cek kot-kot leh pakai jumper.BUT,still cannot!aku?cool je.tak nangis.hehe.aku taktau nak cakap camne sebenarnya.aku macam nak biar je kereta tu kat situ.aku tanak pk!*lau* cek starter,ketuk-ketuk starter,masih TIDAK BOLEH START!ye la,dah mmg starter yang rosak kan?!*helme* takde buat ape,dia tengok je.dia tak biasa repair kete.heheheh.ops.thanks helme.

lepas cek semua & takde apa yang boleh dibuat.kami decide,tinggal je kete tu kat situ.aku pegi jumpa security MY,cakap semua kat diorg.insyaAllah..semoga kereta tu selamat kat situ ye.jangan la ada orang panjang tangan....

esok,aku akan mulakan misi untuk hidupkan kereta tu.aku kena buat sesuatu.dah la aku meeting kul 10.30 sampai 12pm.haku nak mintak excuse ngan boss esok.takkan nak tunggu lepas kul 12pm baru nak buat?dah rugi half day!huh.tehensen aku.i know,boss bagi kot aku setelkan.i hope.really hope!

camne aku balik tadi?*helme* & wife dia hantarkan aku ke ERL Putrajaya.i know,macam menyusahkan orang.aku hanya nak diorg hantar aku ke LRT asia jaya je.then,aku balik la sendiri.tapi,diorg baik hati nak hantar ke putrajaya.in fact,diorg suruh aku tdo rumah diorg supaya senang pegi keje esok.aku segan.too bad.aku tak selesa sebab aku takot aku moody.susah pulak kalau moody kat rumah org.hehehe.i miss my husband so much.

ye,kisah kereta aku akan besambung esok.aku harap...selesai la esok.kalau tak,aku taktau apa aku mampu buat.ya Allah,tabahkan hati aku....

one more thing,adik aku cakap,pagi tadi tayar motor pon bocor.memang malang kami berdua hari ni.kesian kami...:(

p/s: kisah ni telah dipendekkan.tak mampu nak ingat semula satu-satu kisah yang berlaku hari ni...*sigh*

Wednesday, October 28, 2009

macam ni la nasib kalau laki takde depan mata

lately,katak biru aku buat hal.kadang-kadang susah nak start.sakit hati tau tak.dah la aku tak biasa nak cek itu ini.sejak pakai kete,aku tak de cek minyak ke ape.sume harapkan laki.camno ni?laki takde,kete wat hal.aku memang la cuak tahap gaban kadang-kadang tu.tapi,buat-buat cool.hehehe....

disebabkan keCUAKan aku,my hubby siap bagi list(dia paksa aku tulis atas kertas & letak dalam wallet) untuk servis.macam-macam la,such as:-

1-tukar filter
2-tukar coolant
3-check air-cond
4-tukar tayar,punat
5-check manifold(ape benda taktau)
6-tukar starter

itu dah di shortlisted la.sebelum ni,lagi banyak aku kena tulis.haha.tapi,aku kan genius genius la sangat.haha,aku call proton semalam,depan office aku ada proton ni ha,aku call untuk survey harga,mak aih.dah terberak aku dengar harga-harga dia listkan.giler ke hape.aku TAKKAN service dekat proton la wei!g mampos la kauuuu.mahal nak mampos caj.macam-macam la benda aku survey & semuanya ratusan RM.gile ke hape?alignment je kot rm30...tak kose nyah!macam hanjeng

so,petang semalam aku g bengkel dekat ngan rumah.aku suruh dia cek bateri kete,aku ingatkan bateri prob,biasa la,jakun kan.ingatkan takleh start tu sebab bateri.hehe.tapi,aku silap.bateri kereta adalah OK!tapi,yang problem...STARTER!omaigod,sebaik aku pegi cek kat situ,klu menonong je aku g proton & suruh tukar bateri,rugi nyah!bateri dkt proton adalah rm275!giler kau.officemate aku bgtau aritu,biasa bateri kete tu rm150++...so??tp mesti org proton cek dulu kan?aaahh,aku takmo buat dekat proton.takmo ada kaitan ngan proton okeh.dah la proton tu kena perli ngan aku.aku suruh cek air-cond nye tempat adjust tu,dia bleh cakap,klu rosak kena tukar baru which is cost dia abour rm200++.mahal nak mampos untuk benda bodoh macam tu.biar je la salotap camtu!!susah nak explain pasal tempat adjust air-cond tu,patut aku amik gambar & letak dalam blog ni..baru korang gembira tgk benda alah tu bersalotap....hahahahaha....

kesimpulannya,bateri takde masalah....hanya starter kena tukar.starter pon rm250 kot.sob sob.melayang duhet.tunggu la duit dr qatar ye.sabo ye katak biru.tunggu beberapa hari lagi tau.jgn buat hal ye.karang aku takleh nak datang keje.dah la aku memang pemalas nih.hari-hari pk nak bagi surat resign je!hahahaha.

Monday, October 26, 2009

i had a wonderful weekend with YOU!

last week jumaat,aku cuti sebab nak ke terengganu!yay!!flight kul 8.55am dr KLIA & aku sampai airport KT around 9.35am!just nice dgn sya yang memang sampai tepat time aku sampai.tapi,aku juling air kot,masa sampai tu tak perasan sya dah ada depan mata!haha.sowi syahada!lepas tu,terus g bekfes dekat mana taktau,makan nasi kerabu.hehe.kenyang je,kami terus pulang ke kuala berang.yay!sampai jugak akhirnya diriku ke rumah sya...hehehhe

sya layan aku bak puteri tau tak!!Hohohoh.menghidangkan makanan yang enak-enak belaka.ops!masak ke?!rahsiaaaaa.....hari jumaat hanya bergelimpangan kat rumah.hehe.konon penat naik flight kan.heaven giler.mmg kami hanya dok menonton BAJET 2010 sahaja.tak pernah aku se patriotik tu!hahaha.kesimpulan,gomen takde bonus.hohoho.....merry x-mas!!aku happy sebab aku tak yah jeles!!hahahha.sowi org gomen..:D

hari sabtu pulak,dok layan hindustan bagai sampai la kul 4pm baru kuar ke KT.g pasar payang tengok-tengok kain.hehe.i loike!gila meroyan tengok kain-kain sutera yang cantik macam nak rompak semua kat kedai tuh!lepas tu,makan char kue tiaw version terengganu.wakakak....ye,gambar seketol pon takde untuk sesi hari sabtu!hahaha.lupa bak amik gambar.

hari ahad,my last day kat sana...kul 11 am kami dah gerak ke KT.sya pegi klinik.lepas tu,kami ke a&w.im having root beer float!argh!!bestttttttttt!rasa nak minum lagi.dahaganyeeeee.pastu makan waffle tu,share berdua.sweet kan?hehehehe.

lepas makan a&w pegi lagi pasar payang.sesi pembelian terakhir.wakakaka.biasa la,pompuan kan.takleh watpe dah.huhuhu.lepas tu,pegi mana tah ek.tepi pantai dekat seberang takir ke?ke mengabang telipot?mana ek sya?dah lupa la nama tempat dia.yang penting,makan sotong besar!!yummmmyyyy.pastu air jagung parut.sedapnye!!ala,teringat la pulak.dahaga.nak g minum air la kejap.huuhuhu..oh ya,makanan last ni,kawan pada husband sya belanja.nice kan?kalau tahu ada orang nak belanja,kitorg order banyak-banyak masa tu.tamak.hahaha.

dah setel makan tu,sya hantar ke airport...check in apa sume...sob sob..dah abih sesi percutian ke terengganu.flight dari terengganu kul 9.10pm,aku sampai dalam kul 9.30pm dkt KLIA.kejap je abih 3 hari.....rasa tak puas lak.insyaAllah,ada masa,bleh pegi lagi kan sya?beli kain satin?jaquard?hahhahaha...8 hari 8 malam la dok teringat ke kain tu.huhuhu...

okay la...selesai sesi percutian ku yang sungguh mengujakan!!terima kasih banyak-banyak ye sya,bagi makan best-best...bawak jalan-jalan...amik & hantar ke airport.mwah!take care tau...jangan buat keje berat...:D

Tuesday, October 20, 2009

maafkan aku...

sebab....aku nak perasan pemes nih!!hahhahahha.sawan kejap

ni la masalah kalau dah perasan kan,aku bukan ape,dah aku google tu,kuar camtu.bukan aku reka cipta tau!!tolong jangan fitnah aku.gila.orang tak firnah pon.hahakeh keh keh

di luar topik plak,hari ni meeting dengan Dell agak memuaskan.tak seperti yang aku gambarkan.maybe aku dah bersedia ngan jawapan yang bernas segala.so,Dell pon dah tak boleh nak cakap apa.hihi.tapi...................minggu depan meeting lagi la.tiap-tiap minggu tau!seksa nye kalau ingat.so,mari kita lupa kan kejap ye!

chop!kalau aku ingat pasal meeting tu,aku akan rasa nak berhenti keje time tu jugak!argh.aku pun tak paham apa yang aku tunggu lagi ni.kejap aku rasa sayang nak berhenti.kejap aku rasa menyampah & aku nak berhenti keje waktu tu jugak!haih.banyak songeh.i know!tapi,aku akan resign jugak ASAP.kalau boleh,bulan 12 ni nak duduk saja je.nak balik dok kg,dok ngan family!yay!!

ok la,aku pon kenyang malam ni.baru lepas makan nasi goreng udang ciptaan sendiri.sgt yummy!hahaha.angkat bakul.mari lah kita baring kejap,pastu kejap lagi nak berYM bersama suami.ohhhh,i miss him so much!!!